HIKAYAT BURUNG
CENDERAWASIH
Sahibul hikayat telah
diriwayatkan dalam Kitab Tajul Muluk, mengisahkan seekor burung yang bergelar
burung cenderawasih. Adapun asal usulnya bermula dari kayangan. Menurut
kebanyakan orang lama yang arif mengatakan ianya berasal dari syurga dan selalu
berdamping dengan para wali. Memiliki kepala seperti kuning keemasan. Dengan
empat sayap yang tiada taranya. Akan kelihatan sangat jelas sekiranya bersayap
penuh adanya. Sesuatu yang sangat nyata perbezaannya adalah dua antena atau
ekor ‘areil‘ yang panjang di ekor belakang. Barangsiapa yang melihatnya
pastilah terpegun dan takjub akan keindahan dan kepelikan burung cenderawasih.
Amatlah jarang sekali
orang memiliki burung cenderawasih. Ini kerana burung ini bukanlah berasal dari
bumi ini. Umum mengetahui bahawa burung Cenderawasih ini hanya dimiliki oleh
kaum kerabat istana saja. Hatta mengikut sejarah, kebanyakan kerabat-kerabat
istana Melayu mempunyai burung cenderawasih. Mayoritas para peniaga yang
ditemui mengatakan ia membawa tuah yang hebat.
Syahdan
dinyatakan lagi dalam beberapa kitab Melayu lama, sekiranya burung cenderawasih
turun ke bumi nescaya akan berakhirlah hayatnya. Dalam kata lain burung
cenderawasih akan mati sekiranya menjejak kaki ke bumi. Namun yang pelik lagi
ajaibnya, burung cenderawasih ini tidak lenyap seperti bangkai binatang yang
lain. Ini kerana ia dikatakan hanya makan embun syurga sebagai makanannya.
Malahan ia mengeluarkan bau atau wangian yang sukar untuk diperkatakan. Burung
cenderawasih mati dalam pelbagai keadaan. Ada yang mati dalam keadaan terbang,
ada yang mati dalam keadaan istirahat dan ada yang mati dalam keadaan tidur.
Walau bagaimanapun,
Melayu Antique telah menjalankan kajian secara rapi untuk menerima hakikat
sebenar mengenai BURUNG CENDERAWASIH ini. Mengikut kajian ilmu pengetahuan yang
dijalankan, burung ini lebih terkenal di kalangan penduduk nusantara dengan
panggilan Burung Cenderawasih. Bagi kalangan masyarakat China pula, burung ini
dipanggil sebagai Burung Phoenix yang banyak dikaitkan dengan kalangan kerabat
istana Maharaja China. Bagi kalangan penduduk Eropah, burung ini lebih terkenal
dengan panggilan ‘Bird of Paradise‘. Secara faktanya, asal usul burung ini
gagal ditemui atau didapathingga sekarang. Tiada bukti yang menunjukkan ianya
berasal dari alam nyata ini. Namun satu lagi fakta yang perlu diterima, burung
cenderawasih turun ke bumi hanya di IRIAN JAYA (Papua sekarang), Indonesia
saja. Tetapi yang pelik namun satu kebenaran burung ini hanya turun seekor saja
dalam waktu tujuh tahun. Dan ia turun untuk mati. Sesiapa yang menjumpainya
adalah satu tuah. Oleh itu, kebanyakan burung cenderawasih yang anda saksikan
mungkin berumur lebih dari 10 tahun, 100 tahun atau sebagainya. Kebanyakkannya
sudah beberapa generasi yang mewarisi burung ini.
Telah dinyatakan dalam
kitab Tajul Muluk bahawa burung cenderawasih mempunyai pelbagai kelebihan.
Seluruh badannya daripada dalam isi perut sehinggalah bulunya mempunyai khasiat
yang misteri. Kebanyakannya digunakan untuk perubatan. Namun ramai yang
memburunya kerana ‘tuahnya’. Burung cenderawasih digunakan sebagai ‘pelaris’.
Baik untuk pelaris diri atau perniagaan. Sekiranya seseorang memiliki bulu
burung cenderawasih sahaja pun sudah cukup untuk dijadikan sebagai pelaris.
Mengikut ramai orang yang ditemui memakainya sebagai pelaris menyatakan, bulu
burung cenderawasih ini merupakan pelaris yang paling besar. Hanya orang yang
memilikinya yang tahu akan kelebihannya ini. Namun yang pasti burung
cenderawasih bukannya calang-calang burung. Penuh dengan keunikan, misteri,
ajaib, dan tuah.
Oleh
1. Mutmainna Tahir
2. Noor Afni Purnamasari
Kelas X MIA 2
Tidak ada komentar:
Posting Komentar