Kamis, 17 November 2016

Analisis Teks Hikayat Burung Cendrawasih

UNSUR-UNSUR HIKAYAT :
1)       Alur (Plot)          :
a.        pengenalan situasi cerita (exposition)
Sahibul hikayat telah diriwayatkan dalam Kitab Tajul Muluk, mengisahkan seekor burung yang bergelar burung cenderawasih. Adapun asal usulnya bermula dari kayangan. Menurut kebanyakan orang lama yang arif mengatakan ianya berasal dari syurga dan selalu berdamping dengan para wali.
b.        pengungkapan peristiwa (complication)
Memiliki kepala seperti kuning keemasan. Dengan empat sayap yang tiada taranya. Akan kelihatan sangat jelas sekiranya bersayap penuh adanya. Sesuatu yang sangat nyata perbezaannya adalah dua antena atau ekor ‘areil‘ yang panjang di ekor belakang. Barangsiapa yang melihatnya pastilah terpegun dan takjub akan keindahan dan kepelikan burung cenderawasih.
c.        menuju pada adanya konflik (rising action)
Amatlah jarang sekali orang memiliki burung cenderawasih. Ini kerana burung ini bukanlah berasal dari bumi ini. Umum mengetahui bahawa burung Cenderawasih ini hanya dimiliki oleh kaum kerabat istana saja. Hatta mengikut sejarah, kebanyakan kerabat-kerabat istana Melayu mempunyai burung cenderawasih. Mayoritas para peniaga yang ditemui mengatakan ia membawa tuah yang hebat.
d.        puncak konflik (turning point)
Syahdan dinyatakan lagi dalam beberapa kitab Melayu lama, sekiranya burung cenderawasih turun ke bumi nescaya akan berakhirlah hayatnya. Dalam kata lain burung cenderawasih akan mati sekiranya menjejak kaki ke bumi. Namun yang pelik lagi ajaibnya, burung cenderawasih ini tidak lenyap seperti bangkai binatang yang lain. Ini kerana ia dikatakan hanya makan embun syurga sebagai makanannya. Malahan ia mengeluarkan bau atau wangian yang sukar untuk diperkatakan. Burung cenderawasih mati dalam pelbagai keadaan. Ada yang mati dalam keadaan terbang, ada yang mati dalam keadaan istirahat dan ada yang mati dalam keadaan tidur.
Walau bagaimanapun, Melayu Antique telah menjalankan kajian secara rapi untuk menerima hakikat sebenar mengenai BURUNG CENDERAWASIH ini. Mengikut kajian ilmu pengetahuan yang dijalankan, burung ini lebih terkenal di kalangan penduduk nusantara dengan panggilan Burung Cenderawasih. Bagi kalangan masyarakat China pula, burung ini dipanggil sebagai Burung Phoenix yang banyak dikaitkan dengan kalangan kerabat istana Maharaja China. Bagi kalangan penduduk Eropah, burung ini lebih terkenal dengan panggilan ‘Bird of Paradise‘. Secara faktanya, asal usul burung ini gagal ditemui atau didapathingga sekarang. Tiada bukti yang menunjukkan ianya berasal dari alam nyata ini. Namun satu lagi fakta yang perlu diterima, burung cenderawasih turun ke bumi hanya di IRIAN JAYA (Papua sekarang), Indonesia saja. Tetapi yang pelik namun satu kebenaran burung ini hanya turun seekor saja dalam waktu tujuh tahun. Dan ia turun untuk mati. Sesiapa yang menjumpainya adalah satu tuah. Oleh itu, kebanyakan burung cenderawasih yang anda saksikan mungkin berumur lebih dari 10 tahun, 100 tahun atau sebagainya. Kebanyakkannya sudah beberapa generasi yang mewarisi burung ini.
Telah dinyatakan dalam kitab Tajul Muluk bahawa burung cenderawasih mempunyai pelbagai kelebihan. Seluruh badannya daripada dalam isi perut sehinggalah bulunya mempunyai khasiat yang misteri. Kebanyakannya digunakan untuk perubatan. Namun ramai yang memburunya kerana ‘tuahnya’. Burung cenderawasih digunakan sebagai ‘pelaris’. Baik untuk pelaris diri atau perniagaan. Sekiranya seseorang memiliki bulu burung cenderawasih sahaja pun sudah cukup untuk dijadikan sebagai pelaris. Mengikut ramai orang yang ditemui memakainya sebagai pelaris menyatakan, bulu burung cenderawasih ini merupakan pelaris yang paling besar. Hanya orang yang memilikinya yang tahu akan kelebihannya ini
e.        penyelesaian (ending)
Namun yang pasti burung cenderawasih bukannya calang-calang burung. Penuh dengan keunikan, misteri, ajaib, dan tuah.

2)       Tema                   : Binatang
3)       Penokohan         : Menggunakan teknik Analitik dan teknik dramtik
4)       Sudut pandang   : Sebagai orang ketiga
5)       Amanat               :
Ø  Kita harus menjaga dan melindungi burung cendrawasih, karena burung ini amat langka dan hanya ada di Irian Jaya (Papua)

STRUKTUR KEBAHASAAN :
1.      Belum ada pembagian bab
2.      Pengarangnya belum jelas atau anonim  
Ø Secara faktanya, asal usul burung ini gagal ditemui atau didapathingga sekarang. Tiada bukti yang menunjukkan ianya berasal dari alam nyata ini.”
3.      Cerita yang dikisahkan tokoh utama memiliki kesaktian yang tidak dimiliki oleh manusia biasa
Hikayat tersebut menceritakan berbagai kelebihan dan keajaiban burung cendrawasih. Hal ini dibuktikan dengan berbagai kutipan teks berikut :
Ø  Memiliki kepala seperti kuning keemasan
Ø  Dengan empat sayap yang tiada taranya
Ø  Ini kerana burung ini bukanlah berasal dari bumi ini
Ø  cenderawasih akan mati sekiranya menjejak kaki ke bumi
Ø  burung cenderawasih ini tidak lenyap seperti bangkai binatang yang lain
Ø  Malahan ia mengeluarkan bau atau wangian yang sukar untuk diperkatakan
Ø  burung ini hanya turun seekor saja dalam waktu tujuh tahun
Ø  Seluruh badannya daripada dalam isi perut sehinggalah bulunya mempunyai khasiat yang misteri
4.      Menggunakan bahasa Melayu Klasik
Contoh kutipan teksnya yaitu :
Ø  Sahibul hikayat telah diriwayatkan dalam Kitab Tajul Muluk, mengisahkan seekor burung yang bergelar burung cenderawasih
Ø  Amatlah jarang sekali orang memiliki burung cenderawasih.
Ø  Telah dinyatakan dalam kitab Tajul Muluk bahawa burung cenderawasih mempunyai pelbagai kelebihan
5.      Hikayat menyebar dari mulut ke mulut
6.      Cerita bisa bersifat imajinatif seperti dongeng

MAKNA :
1.      Burung cendrawasih diriwayatkan dalam kitab Tajul Muluk
2.      Burung cendrawasih merupakan burung yang sangat cantik dan dianggap berasal dari syurga
3.      Burung cendrawasih merupakan burung yang sangat langka, karena hanya dimiliki oleh pejabat istana, ditemukan di Irian Jaya, dan sangat sulit ditemukan
4.      Keunikan lain dari burung cendrawasih yaitu mengeluarkan bau wangi yang sulit diungkapkan
5.      Burung cendrawasih tidak bisa bertahan hidup dengan lama
6.      Burung cendrawasih memiliki banyak sebutan
7.      Misteri asal usul ditemukannya burung cendrawasih ini belum pernah terbukti

8.      Burung cendrawasih memiliki banyak manfaat, sehingga bnayk dicari oleh orang-orang

Tidak ada komentar:

Posting Komentar